Kuala Lumpur City FC

Kuala Lumpur City FC adalah merupakan sebuah kelab bola sepak yang bertanding dalam saingan Liga Super Malaysia. Kelab ini diambil alih pada September 2020 atas arahan penswastaan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pada awal penubuhan tahun 1974 kelab ini dikenali sebagai Wilayah Persekutuan dan diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Wilayah Persekutuan.Kelab ini menjuarai Liga Malaysia pada 1986 dan 1988 dan mencipta sejarah apabila memenangi Piala Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut pada 1987, 1988, dan 1989 selain Piala FA Malaysia pada 1993, 1994, dan 1999.Kelab turut mempunyai tradisi dengan pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang iaitu Selangor. Pertemuan tersebut dikenali sebagai Derbi Lembah Klang.

Kuala Lumpur City FC

2020 Ke-3, Liga Premier Malaysia
Diasaskan 1974; 47 tahun yang lalu (1974) sebagai Persatuan Bola Sepak Wilayah Persekutuan
2020; 1 tahun yang lalu (2020) sebagai Kuala Lumpur United FC
2021; 0 tahun yang lalu (2021) sebagai Kuala Lumpur City FC
Stadium Stadium KLFA, Cheras, Kuala Lumpur
(Muatan: 18,000)
Pemilik Salim Group
Tapak sesawang Laman kelab
Pengurus Mohd Hamidi Abu Bakar
Nama pendek KBKLB
CEO Stanley Bernard Stephen Samuel
Jurulatih Nidzam Adzha
Nama penuh Kelab Bola Sepak Bandar Raya Kuala Lumpur
Liga Liga Super Malaysia
Gelaran Skuad Ibu Kota
(Budak Bandaraya)
(The Hawks)